Friday 4 May 2012

Our New Car

Remember my last post about I'm getting a new car? Actually, I've made it. Meet me and my hubby new 2ndhand car. 
Honda CRV 2002

What do you think? Like it or not? This is the 2nd generation of the CRV model. And this model just got some facelift in front.  Also, the gear location was different from the 1st generation of CRV.


Amazing!!!

Thursday 3 May 2012

Honeymoooooonnnnnn

2 hari lepas saya dengan hubby saya pergi honeymoon tau.. Lokasinya? Cameron Highland.. Actually tak de apa yang best sangat pun Cameron Highland tu, just the place sounds romantic..

Budget : almost RM500 including some souvenirs for our family..


Yummy.. kitorang petik sendiri strawberi kat ladang tu. Lewat kitorang pergi sampai kawasan untuk petik tu dah habis pun strawberi yang bagus. Nasib baik my hubby pandai je slow talk dengan encik bangla yang kerja kat ladang tu. So, kitorang dibawa ke kawasan ladang yang tidak dibenarkan pelancong masuk dan petik. Ha, dapat la strawberi yang memang TERBAEEEKKKK...

Our next location?? Genting Highland pulak la.. Nak ikut??

Doa-doa suami isteri

Saya dan suami saya sedang belajar menjadi suami dan isteri yang baik. So, sedang mencari-cari apa jua doa-doa untuk kitorang amalkan. Jom kita share sama-sama..

Doa ni mak saya suruh amalkan:











Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (al-Furqan 25, ayat 74)

 Antara doa lain yang boleh diamalkan:
Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-27 an-Naml, ayat 19
Maksudnya : Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh. (an-Naml 27, ayat 19)


Doa-doa Untuk Kebahagiaan Rumahtangga (Suami, isteri, anak soleh solehah)
Surah ke-46 al-Ahqaf, ayat 15
Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)

p/s : Semoga kita sama-sama dapat manfaat dan berbahagia hingga akhir hayat bersama keluarga kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...