Wednesday 29 February 2012

Tips penjagaan kereta

Salam semua..

Lama tak menjengah blog ni. Busy betul. Buat soalan untuk peperiksaan Penilaian Kurikulum 1, hari ni sambung pulak dengan tugas sebagai Pengadil dan Pencatat Pusingan bagi Kejohanan balapan dan Padang MSSD Hulu Perak. Urm, busy betul. So, sharing kali ni tentang penjagaan kereta sebabnya pagi ni kereta saya buat hal tak idup pulak. Mujur dekat je destinasi, boleh la naik motorsikal. Kalau jauh, sejuk beku la saya smpai sekolah naik motorsikal.

Pertama, pastikan bila sampai ke destinasi anda, periksa dulu lampu kereta sebelum matikan suis. Sebab kadang2 waktu siang bila hujan kita pasang lampu dan lupa nak tutup semula. Waktu malam lain la sebab kita nampak cahaya lampu kita. Keadaan ini akan menyebabkan bateri menjadi lemah (bateri kong). Ha, tak pasal2 kena charge atau tukar bateri tu.

Kedua, pastikan anda memeriksa minyak enjin dan air bateri. Ini pun penting jugak sebab boleh menyebabkan enjin berasap terbakar. Lagi bahaya kan.. Bukan susah pun nak periksa, cuma kena konsisten la. Tak payah bawak ke bengkel, DIY je kat rumah.

Ketiga, dapatkan khidmat bengkel yang boleh dipercayai untuk wiring kereta anda. Kerana kesilapan pemasangan wayar juga boleh menyebabkan shot pada sistem wiring kereta.

Keempat, sentiasa memeriksa angin tayar kereta anda kerana kekurangan angin boleh merosakkan tayar kereta anda.

Kelima, kosongkan kereta anda daripada barang2 yang tidak diperlukan. Beg2 yang tidak diguna lebih baik ditinggalkan sahaja kerana berat muatan juga boleh mempengaruhi kelancaran pergerakan kereta selain meningkatkan penggunaan bahan pembakar.

Semoga kereta anda sihat seperti anda. HEHEHE

Saturday 25 February 2012

Adakah dia ditakdirkan untukmu?

Dunia bercinta memang nampak indah je. Tapi bila putus cinta, rasa macam nak hilangkan diri dari semua benda yang ada kaitan dengan dia. Tapi hakikatnya, mencari teman yang memang ditakdirkan untuk kita tu bukan mudah. Kita ingat dia lah orang nya, sepenuh hati menjaga dan mencintai dia, tak sangka akhirnya putus macam tu je lepas apa kita bagi. Mana tak melara hati.

Saya pun tak pasti dia ditakdirkan untuk saya atau tidak. Tapi selama 10 tahun saya bersama dia, saya rasa saya boleh menerima dia seadanya dia dari tingkah laku yang dia tunjukkan. Jika pasangan anda juga menunjukkan tingkah laku berikut, mungkin dia berpotensi menjadi takdir untuk anda..
  • Dia akan telefon anda bila dia lambat. Sebabnya dia tahu akan rasa bersalah membuatkan anda menunggunya.
  • Dia suka puji sesuatu yang pelik pada anda. Contohnya senyum senget anda.
  • Dia memelihara haiwan peliharaan yang remeh. Contohnya arnab atau hamster. Itu tanda dia prihatin dan boleh menjaga sesuatu yang remeh.
  • Dia menceritakan kesilapannya sambil ketawa. Itu menunjukkan dia boleh merendahkan egonya pada anda.
  • Dia bosan apabila melepak lama2 di kedai mamak. Tandanya dia bosan dengan keseronokan begitu dan mula mencari perhubungan yang serius.
  • Dia abaikan panggilan telefon ketika dia dengan anda dan dia akan menjawab panggilan telefon anda ketika dia bersama orang lain. Kalau dia tak serius dengan anda, pasti dia tidak akan endahkan anda kan..
  • Dia masih berhubungan dengan rakan baik semasa bersekolah rendah. Ha, itu petanda dia seorang yang setia.
  • Dia sudi berkongsi makanan dengan anda, lagi hebat kalau dia suapkan makanannya kepada anda. Urm, romantiknya. Kiranya dia tidak kedekut dengan anda dan jika dia makan lebihan makanan anda, itu petanda dia memang menerima anda seadanya.
  • Dia menyewa rumah sendirian. Ha, itu memang petanda dia ingin mengisi kekosongan hidupnya dan berdikari tanpa bantuan keluarga.
  • Dia suka ambil tahu apa yang anda lakukan walaupun dia memang tahu kerja anda sebagai apa..
Ada tak ciri-ciri di atas yang kena dengan pasangan anda? Jika ya, mungkin anda patut mencuba meneruskan harapan anda. Walaupun kadang2 lelaki sukar difahami, tapi perlakuan mereka biasanya menunjukkan hati mereka.



Do you having Bad Day?

Bad mood? Here's some tips to help lighten ur day.
  • Listen to the music. Use earphone to listen to the music. Don't let ur ear listen to any other sound. Then, sing a long with the music u listen. The slow music can help u feel calm. But if u are angry, listen to the hard music might also help u bring the anger out. 
  • Wearing something stylish will help increase ur confidence. When people love to see u and praise u, sure u will smiles and ur bad mood will gone.
  • Remember ur best memories. By remembering good memory, u will feel that u still have the best time and best day in ur life.
  • Search for the funny thing from internet. Since u already in the bad mood, u can't focus on ur work. Why not u search for something funny so u can smile. It will help u feel better in time.
  • Wearing something in the bright color. This is because the bright color remains u of the sun and the good day. Also the bright color show happy mood. If u don't have any cloth in bright color, u can just put red roses or sunflowers on ur desk.
  • Imagine ur fantasy. This idea will help u gat away from ur bad mood. Just imagine places u like or the best holiday trips u wanted. Sure u fell better and will not remember ur bad mood.
  • Eat. Yes, most people will eat something to help them get better from bad mood. Some psychologist said orange can improve ur mood.
  • Mind power. This is the most important u should try always when u having bad day. Take a deep breath and  slowly release it. In the same time, keep on ur mind that when u take ur breath, u are taking all the positive thing into ur mind and when u release ur breath, means u bring out all the bad thing and bad memories.
I hope it will help u somehow. I'd already try this out and i believed it.  

Kenapa lelaki Tak Faham Ye???

Ha, berdasarkan pembacaan saya, otak lelaki ni lain sikit. Sel otak ruang bahasa lelaki sebenarnya 12% lebih kecil dari otak kita tau.

Bayangkan otak kita ada jambatan yang hubungkan otak kiri (logic thinking) dengan otak kanan (emotional thinking). Kalau dalam otak perempuan saraf jambatan tu lebih besar tapi dalam otak lelaki saiz tu lebih kecil Sebab tu kadang2 ada maklumat yang tak sampai kat otak kanan, Jambatan sempit, tersangkut la dia.

Otak lelaki pulak kan, boleh atur maklumat, rangsangan, dan emosi dengan teratur dan lebih baik dari kita. Sebab tu dia bila sembang dengan pompuan cantik kat party, perasaan dia kat kita tak berubah. Sebab tu dia rasa pelik kenapa benda bagi dia remeh pun boleh buat kita nak mengamuk. Adoyai..

Dalam otak lelaki pencapaian lebih penting daripada hubungan. Bagi dia tak dak kawan pun tak pa janji dia ada pejabat sendiri dengan gaji yang besar. Bila ada semua tu, sure pompuan cari dia.

Lelaki kan, lebih kepada visual atau cinta pandang pertama. Kalau dia tengok perempuan tu cantik menarik perhatian, dia terus nak sapu je. Tak macam kita perempuan, bila nampak lelaki, dalam otak mesti dok fikir perangainya, kerjanya, kekasihnya, keluarganya..

Otak lelaki tak pandai nak susun ayat sebab ruang bahasa dia kecik. Sebab tu sakit hati nak dengar dia cakap sayang la, cinta la. Lelaki lebih kepada perbuatan. Jadi, kalau dia tolong masak untuk kamu, memang jelas sangat la dia sayang kamu..

Paling penting kan, lelaki sesama lelaki ada peraturan. Memang kadang2 mereka ni nakal, tapi mereka percaya perkahwinan adalah penting. Bagi mereka melalui perkahwinan, hak mereka lebih jelas dan kamu milik mereka. Itu petanda bahawa lelaki lain perlu patuh pada peraturan bahawa kamu milik mereka. Kalau kita pun bersama dia dan menghargai dia, lagi la lelaki rasa selamat. Erm, ada persamaan jugak dengan kita kan ladies..


Tips bershopping..

Ok, kali ni kita bincangkan tips untuk mereka yang gila shopping (saya pun sama) supaya lepas shopping purse kita tak kering kopak. Hihihi

  1. Pastikan beli barang yang dijual pada harga di bawah atau pada kos. Ha, nak tahu barang apa macam ni? Barang yang dia jual siap promosi 'terhad kepada 2 unit setiap pelanggan'. Ha, kalau dia promosi mcam ni, memang confirm harganya di bawah harga kos atau pada harga kos, masuk je beli barang ni lepas tu keluar balik tau. Biasanya promosi macam ni saja je nak bagi pelanggan masuk kedai dia. So, kita masuk beli barang promosi sudah la.
  2. Ok, seterusnya kaedah 'extended warranty'. Jangan terpengaruh nak dapatkan tambahan warranty. Bila tambah warranty, sure kena tambah duit lagi. Tak payah la, barang apa pun ada jangka hayat dia. Kalau dah rosak tapi dah keluar patern baru, kan dah rugi extended warranty kita amik tu sbb nak tukar barang patern lain pulak..
  3. Kepada pengguna kredit card, pastikan anda menjelaskan bil anda pada masa yang tepat. Sebabnya bila bayar lambat, kan dah kena charge. Rugi je duit kita bagi free kat dorg. Kalau kumpul charge yang dibayar dah kita dapat shop barang lain kn..
  4. Window Shopping. Ala, pergi je cuci mata kat kedai2 yang bersepah tu, lepas tu balik rumah cari je kat dalam internet. Beli online lagi murah sebab kita tak payah bayar kos sampingan gaji pekerja kedai atau bil elektrik pekedai. Ye la, dah dalam online bukan ada pekerja pun. Jadi harga barang lebih murah. Betul x?
  5. Pernah tengok 'clearance sale'? Ha, ni memang bagus untuk shopping. Sebabnya harga untuk barang clearance sale memang murah dan berbaloi dibeli. Sebabnya pekedai akan cuba menjual barang yang dah out season untuk mendapatkan ruangan bagi menjual latest season. Ala, bukan out seasons sangat pun. Lagi pun bukan orang tahu pun kita beli masa clearance sale. Jimat dah duit kita sambil dapatkan barang pada harga yang sesuai kn..
Bagus tak tips tu? Pernah cuba tak? Nanti masa sale kita cuba ye...

Rahsia lelaki..

Nak tahu rahsia lelaki?

  1. Ada 120 lelaki bujang bagi setiap 100 gadis dalam usia sama. Ha, jangan takut kalau nak tinggalkan lelaki yang menduakan anda sebab nisbahnya 1:1. 
  2. Kebanyakan lelaki rela keluar dengan wanita lebih tua dari mereka. Kenapa? Sebab mereka suka wanita yang matang. Jadi, wanita lebih berusia tu saham tinggi tau.
  3. Kebanyakan lelaki bersetuju bahawa wajah yang cantik lebih penting daripada badan yang seksi. Kalau badan je seksi tengok muka tak terjaga, tak selera jugak.
  4. Majoriti lelaki pernah bersama 4 hingga 10 wanita tetapi mereka ini lebih suka gadis yang tidak pernah bersama lelaki lain. Melampau betul kan..
  5. Di kalangan lelaki yang menyimpan nombor bekas kekasih mereka, 1 daripada 5 lelaki tersebut mengatakan nombor tersebut untuk kegunaan masa sepi je..
  6. 1 daripada 3 lelaki akan menyimpan nombor bekas kekasih selama-lamanya dan hanya 20% akan membuang selepas beberapa minggu berpisah.
  7. Jika jari manis lelaki tersebut lebih panjang daripada jari telunjuk, tahap testosteron lelaki tersebut adalah tinggi
  8. 95 % lelaki suka jika gadis mengorat mereka dulu..
  9. Lelaki lebih suka berperangai buruk supaya kamu meninggalkan mereka, daripada mereka cakap 'saya nak putus'..
  10. Lelaki yang pernah berkhidmat di dalam angkatan tentera mempunyai 2X ganda teman wanita berbanding lelaki dalam bidang lain.
  11. Sebanyak 23% lelaki mengaku pernah bermain kayu 3. Kurang asam betul la!
  12. Perbualan utama yang lelaki paling benci untuk dibualkan dengan kamu ialah: Pertama: bekas kekasihnya. Kedua: Keadaan kewangannya.
  13. 1/3 lelaki akan ajak kamu berjumpa lagi jika kamu ketawa semasa pertemuan kali pertama.
  14. Kebanyakan lelaki inginkan perhubungan serius.
  15. Lelaki sukakan gadis yang boleh berbalah dan bukan pak turut. Kerana mereka sukakan adventure..
  16. Lebih separuh daripada lelaki fikirkan pandangan kawan2nya sebelum keluar dengan kamu..
  17. Secara umumnya lelaki mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada wanita.
  18. Lebih separuh lelaki percaya pada cinta pandang pertama
  19. Lelaki sangat tidak sukakan ayat : 'kita perlu berbincang'
  20. Jika lelaki kata 'Tak Faham' semasa bergaduh, ada kalanya mereka tak tipu. Sebab lelaki memang lembab sikit bercakap soal hati perasaan ni..

Friday 24 February 2012

Motivasi Menjadi WANITA Paling Bahagia

Adik saya hadiahkan saya sebuah buku yang bertajuk Motivasi menjadi wanita paling bahagia. Thanks to her, saya mendapat keyakinan saya semula selepas membaca buku ni. Biar saya kongsi sedikit yang menarik dari buku ini.

  1. Kita perlu menerima apa jua nikmat ALLAH dan mesti mensyukurinya. Kita jangan asyik nak macam2 tapi tak nak berterima kasih pulak. Setiap perkara mesti ada hikmahnya. Kalau malam hari gelap tak boleh keje, tapi sebab malam hari jugak kita dapat menenangkan diri kita yang kepenatan kan?
  2. Ada ketika kita membenci sesuatu yang pada hakikatnya perkara itu mendatangkan kegembiraan kepada kita. Contohnya kita berpisah dengan kekasih kita yang selalu menduakan kita. Benci kan, menyakitkan hati, tapi sebab perpisahan itu kita tak akan sakit hati lagi bila tahu dia buat perkara sama kan. Lantak kan dia.
  3. Sembahyang adalah penawar bagi hati yang susah. Ada masa kita rasa susah hati sangat, rasa macam tak tahu nak mintak tolong sapa kn? Cuba kita ambil wuduk dan sembahyang, masa tu memang hati akan jadi tenang dan tenteram. Sebab memang bila kita sembahyang, kita meyerahkan diri kita pada Allah, dan Allah menerima hamba-Nya yang rendah diri kepadanya. Siapa lagi paling berkuasa untuk kita minta tolong kan..
  4. Jangan menyeksa dirimu dengan resah dan gelisah kerana akan mengganggu tumpuan dan tidak bersemangat. Lebih baik kita fikir perkara lain dan sibukkan diri kita supaya kegelisahan itu tidak mengganggu kita lagi. Kalau perkara-perkara yang kecil pun boleh buat orang pandai gila, lebih baik kita jangan biar diri kita fikirkan sangat kegelisahan tu. 
  5. Prihatin dengan orang yang lemah, kita akan rasa bahagia, dan jika kita sentiasa membawa kegembiraan, kita akan dihargai pula. 
  6. Biarlah kita bahagia dengan cara kita sendiri tetapi pastikan cara kita tidak melampaui larangan agama kerana tiada apa yang membahagiakan apabila melanggar larangan agama. Contohnya bersekududukan sebelum perkahwinan, bahagia kah anda jika anda melahirkan anak luar nikah? Bahagiakah anda jika suatu masa lelaki itu meninggalkan anda tanpa sebarang kata kerana ikatan yang tiada?
  7. Cinta dan maruah kita sebenarnya ada di dalam rumah kita sendiri. Tak perlu kita nak cari di luar. Cinta pada keluarga, ada di rumah, cinta pada suami juga ada di rumah. Mengapa perlu mencari di luar?
".....bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah."

PENDAPATAN NUFFNANG

Adoi, entry kali ni saja je aku nak bagi kemusykilan aku ni terjawab sikit. Pelik tau. Jadi, kepada mereka2 yang pakar dengan nuffnang ni, tolong la bagi maklumat ek. Kongsi la dengan saya yang baru belajar meniarap ni..

Pertanyaan yang paling penting dalam dunia entry aku kali ni ialah..... JENGJENGJENG!!!
Bila baru kita punya earning tu nak ada angka? Asyik RM0.00 je. Aku pun tak tahu bila masa baru angka tu berubah dan apa yang bagi angka tu berubah..

Bukan tamak haloba, cuma nak tahu je.. Bila berbual dengan kawan ada la jugak modal nak promote. Orang baru la katakan.. Dok search tak jumpa pun maklumat yang menjawab kemusykilan aku ni. Adoi, mintak bantuan ye taiko2 semua..


Panduan Solat Musafir

Solat itu tiang agama. Walau apa pun kita buat, kena pastikan solat dipelihara kn. Mesti ada sesuatu masa kita bermusafir atau dalam kata lain pergi ke satu tempat yang jauh macam melancong ke. Jadi, Islam dah sediakan kemudahan solat untuk memudahkan urusan umat Islam.

Jadi, bukan alasan untuk tidak solat tau..

Solat Secara Qasar
Solat secara Qasar bermaksud memendekkan solat 4 rakaat (Zuhur, Asar, Isya') kepada 2 rakaat.
Syarat sah solat Qasar ialah :
  1. Ditunaikan ketika musafir
  2. Memenuhi jarak minimum iaitu 2 marhalah
  3. Berniat Qasar ketika Takbiratul Ihram
  4. Tidak menjadi makmum kepada orang yang sembahyang cukup 4 rakaat
Solat Secara Jamak
Solat Jamak ialah menghimpunkan 2 solat dalam 1 waktu. Solat Jamak terbahagi kepada 2 iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Ta'khir. 
Jamak Taqdim ialah solat waktu kedua didirikan dalam waktu pertama. Contohnya Asar didirikan dalam waktu Zohor, atau Isya' didirikan dalam waktu Maghrib.
Jamak Ta'khir ialah melewatkan solat pertama ke dalam waktu kedua. Contohnya waktu Zohor dibawa ke dalam waktu Asar atau waktu Maghrib di bawa ke dalam waktu Isya'.

Solat Jamak berserta Qasar
Cara ini ialah dengan berniat solat Qasar dan Jamak bersama. Maknanya jika melakukan Jamak Taqdim Zuhur dengan Asar, niatnya ialah:
"Sahaja aku solat Zuhur 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepadanya Asar dengan Jamak Taqdim kerana Allah Taala"

Dan niat untuk Asar pulak ialah:
"Sahaja aku solat fardu Asar 2 rakaat QasarJamak Taqdim berserta Zuhur kerana Allah Taala"

Begitu juga dengan niat solat Jamak Qasar lain. Cumanya bagi solat maghrib, perlu ditunaikan 3 rakaat juga. Hanya solat 4 rakaat sahaja yang boleh dipendekkan.

Semoga ini menjadi panduan kepada yang memerlukan. Saya mendapat maklumat ini melalui buku yang saya beli sebagai panduan saya sendiri.

Pendapatan pasif bersama WAZZUB


Ok, apa benda pulak WAZZUP ni?
Wazzub ni social sharing jugak macam facebook, twitter tu. Cuma, Wazzub ni sedang dalam pre-launch. Program ni akan launch pada 9 April 2012.

Apa bagusnye program ni?
Macam biasa, memberi pendapatan sampingan la.. Cara nya macam ni:
Pembayaran akan dibuat setiap bulan dengan bayaran pertama akan dibuat pada 15-05-2012 bagi pendapatan bulan April 2012. Jumlah yang dibakal diterima adalah tidak tetap manakala jumlah ahli yang akan menerima share ini hanya Pre-launch member. So, korg kena daftar cepat la kan. Semasa tempoh Pre-launch ahli akan membina downline yang dipanggil sebagai $FACTOR. Selepas launch, $FACTOR setiap ahli akan kekal (tiada tambahan ahli lagi kerana selepas launch ahli yg mendaftar hanya akan menjadi ahli social network biasa) dan kesemua $FACTOR ahli akan digabungkan untuk kiraan bayaran = the global $FACTOR. Setiap bulan pengiraan keuntungan yg akan dikongsi membahagikan 50% profit tersebut dengan global $FACTOR untuk mendapat bayaran bagi seunit $FACTOR.

Contoh: 50% profit yg akan dikongsi ialah $5,000,000 dan global $FACTOR ialah 5,000,000. Maka setiap seunit $FACTOR=$1.00
(Pendapatan anda untuk bulan itu = $1.00 x jumlah $FACTOR anda)
Jika pendapatan untuk dikongsi ialah $4,000,000 maka seunit $FACTOR anda=$0.80. Dan jika pendapatan untuk dikongsi ialah $6,000,000 maka seunit $FACTOR anda=$1.20) Macam tu la kiranya..


X paham lagi? Macam ni, katakan ahli dapat cari 5 downline, dan 5 downline tu pun cari 5 downline sehingga 5 generasi:-
1. Generasi 5 x $ 1,00 = $ 5,00
2. Generasi 25 x $ 1,00 = $ 25,00
3. Generasi 125 x $ 1,00 = $ 125,00
4. Generasi 625 x $ 1,00 = $ 625,00
5. Generasi 3125 x $ 1,00 = $ 3,125.00
Passive Income anda = $ 3,905.00 (jika $FACTOR/unit=$1.00). Tak payah buat apa pun kan, cuma daftar je pun.
Memang la aku pun tak tahu jugak. Tapi, dalam internet ni bukan ada yang pasti pun. Lebih kurang macam campaign lain2 la jugak. Asalkan kita tak kena bayar apa2, ok la tu join pun. Betul x? Bukan susah pun, klik, daftar, tunggu.. kan kan kan....

 So, tunggu apa lagi.. Mai la kita sesama mencuba di sini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...