Tuesday 27 March 2012

I'm going to Marry..

HHHohhohoooooo... Finally!
Friends, i'm going to get marry.. I'm so happy.. HAHAHAAHaaaaa

But, i'm likely lost right now. I don't know what should I do. I didn't do anything. Will anybody help me??????
What should I do??
It's almost the time and I still don't know what i need to do... Help me!!!!!!

Saturday 24 March 2012

Kursus PraPerkahwinan

THEHEHEHE.. This week saya pegi kursus pra perkahwinan. Maklumlah tetiba rasa nk kawen plak. Esok saya akan grad la kursus ni. Kira dah ready la nk kawen tu.

Tadi masa kursus, jumpa ramai betul x-student amik kursus kawen sama. Padahal baru je berapa ari result SPM diorang keluar. Urm, macam pelik. Kita yang dh usia almost 26 pun rasa macam muda lg nak kawen. Cemana la bebudak tu yang baru je habis zaman sekolah n belum pun rasa real world boleh nak kawen..

Actually nak share input masa kursus tadi. Bagus sangat la kursus tu untuk pasangan yang bakal berkahwin. Input2 nya terdiri daripada hal2 akidah, akhlak, ibadah, prosedur perkahwinan, hubungan kekeluarga selepas berkahwin, dan pengurusan kewangan selepas perkahwinan.

Dalam topik akidah, akhlak, dan ibadah, penceramah menjelaskan bagaimana akidah membantu pasangan memelihara perkahwinan serta akibatnya terhadap perkahwinan jika akidah terpesong.

Yang best kan masa slot dengan Ustaz Azhar. Memang penat je ketawa. Masa slot ni la baru tahu rupanya Mas Kawen boleh hutang. Jika hutang Mas Kawen, katakan RM3k, jika pada malam isteri tidak izinkan suami menyentuhnya selagi tidak membayar Mas Kawen, maka tidak menjadi dosa pada isteri kerana Mas Kawen adalah hak isteri. TETAPI... Jika isteri memberi keizinan untuk suami menyentuh dan menyetubuhi isteri sebelum membayar Mas Kawen, maka hukum membayar Mas Kawen yang wajib telah menjadi separuh. Jika asal janji RM3k, tetapi bila telah bersama, Mas Kawen hanya tinggal separuh iaitu RM1 500 sahaja yang wajib suami bayar. ALASANNYA... Telah melakukan hubungan suami isteri...

Hadoi, ada jugak macam tu ek. Ha, kaum2 isteri sekalian, hati-hati ye.. Jangan termakan pujuk rayu ye. Nanti rugi separuh.. HAHAHAHAHA

Thursday 22 March 2012

Tuala wanita berbahaya!

Pernah dengar tak tentang bahayanya produk tuala wanita yang terdapat di pasaran? Tahukah anda tuala wanita yang biasa di pasaran diperbuat daripada apa?

Untuk pengetahuan anda, tuala wanita biasa yang terdapat di pasaran diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang telah dilembutkan dan diputihkan menggunakan bahan peluntur berklorin yang menyebabkan penghasilan bahan kimia dioxin . Cuba tengok tuala wanita yang anda guna.. Warnanya putih kan? 

Tuala wanita biasa di pasaran turut dihasilkan menggunakan bahan kitar semula, kertas surat khabar, dan bahan buangan yang berbahaya kepada pengguna.
Apa kesan akibat penggunaan tuala wanita yang mengandungi bahan kimia tersebut? Pelbagai penyakit puan seperti kanser servik, kanser rahim, masalah berbau, jangkitan kuman & sebagainya..


Urm.. Ngeri pulak bila baca..



Wednesday 21 March 2012

Tips Berjimat disamping Kereta Terhebat??

Ha, bangga sangat la drive kete grand ek.. Tapi kan, jangan la bergaya tapi dompet kering. Mari kita sama-sama berjimat walau pun memandu kereta yang mantop!

  1. Pastikan anda servis kereta anda selalu. Aktiviti berjadual ini akan dapat membantu mengelakkan risiko tidak menyedari kerosakan kereta sehingga menjadi parah. Bila servis berjadual, kerosakan kecil dapat dikesan lebih cepat dan pada tahap minimum. So, tak la banyak belanja kena keluarkan.
  2. Jaga keadaan tayar kereta anda. Kenapa? Jika tayar anda terlebih angin, nanti meletup. Jika terkurang angin, boleh menyebabkan masalah kawalan. Selain itu jika tahap tekanan angin salah pun akan menyebabkan bunga tayar haus dan menyebabkan pembakaran minyak meningkat sehingga 30%. Banyak tu..
  3. Pilihan lokasi parking. Kereta canggih ke? Perlu parkir di dalam bangunan ke? Ala, apa salahnya park je kereta anda di luar bangunan di kawasan lapang. Lebih menjimatkan harga parkir di luar bangunan kan.. Sambil dalam masa yang sama boleh juga tayang kereta canggih anda tu kan..
  4. Gaya pemanduan menjimatkan. Bagaimana? Rancang perjalanan lebih awal dan jangan memecut secara mendadak. Jika anda berhenti di sesuatu tempat, lebih baik jika matikan enjin kerana lebih menjimatkan petrol anda.
  5. Pilihan warna kereta yang selamat. Ada ke warna yang lebih selamat? Ada.. Menurut kajian British Medical Journal, Kereta berwarna perak memiliki risiko terbabit kemalangan 50% lebih rendah berbanding kereta warna lain. Mantop!
Urm, sesiapa ada cara yang lain? Boleh share bersama.

p/s : tq cosmo n my little mechanic..

Tuesday 20 March 2012

Masalah keputihan?

Apa sebenarnya keputihan?
Menurut Mary Jane Minkin, MD profesor klinikal Obstetrik dan Ginekologi di Yale University School of Medicine:
Keputihan adalah lendiran yang keluar daripada kelenjar rahim serta kemaluan. Ia mengandungi cecair dinding kemaluan dan sel mati rahim yang luruh semulajadi. Warnanya putih jernih ataui kuning cair, bergantung kepada individu. Ia berfungsi membersih liang kemaluan. TETAPI, jika warnanya menjadi hijau atau kuning pekat, itu petanda jangkitan!

Keputihan berlebihan? Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi.

Keputihan yang menyebabkan kegatalan dan agak berbau? Berkemungkinan anda mengalami jangkitan kelamin seperti gonorrhea. Penawar? Dapatkan antibiotik untuk merawat gonorrhea daripada doktor anda.

Keputihan menyebabkan pedih ketika buang air? Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan pundi kencing (cystitis). Apa petandanya? Air kencing berbau atau disertai darah. Jika anda mengalami masalah ini, dapatkan rawatan antibioyik dalam masa 24 jam. Elakkan jangkitan? Minum jus kranberi setiap pagi atau minum 2 liter air putih setiap hari.


Breast Cancer.. Are U in risk??

If you are having any of the sign list, u are getting the risk of breast cancer:
  1. u are teenager
  2. u are in your 20's, 30's, 40's, 50's or older..
  3. u started menstruate before or after the age of 12
  4. u menstruate a month, or more than once a month
  5. u went through menopause before or after 40.
  6. u gained weight or lost weight after menopause
  7. u have a family history or didn't have family history of breast cancer
  8. u are nun or not a nun
  9. u are eating or not eating fried or oily food
  10. u having children or not
  11. u wear or not wear tight fitting-clothes
  12. u experiences or not experiences bad mood swing
  13. u are a women
  14. u do not perform a breast self-examination every month to detect lumps and other physical changes
  15. u do not schedule an annual mammogram
  16. u do not schedule an annual clinical breast examination
  17. u do not call the Breast Cancer Welfare Association at 03-79540133 or log on to www.radiologymalaysia.org for more information...

Monday 19 March 2012

Anda fasionista?? Who's Tommy Hilfiger??

Anda fashionista? Kalau macam tu mesti anda kenal siapa Tommy Hilfiger kan?? Tak kenal?? Alamak! Tak boleh la mengaku fashionista kalau tak kenal Tommy.

  1. Tommy Hilfiger dilahirkan pada 1951 di Elmira, New York.
  2. Merupakan anak ke-2 daripada 9 adik beradik.
  3. Mendapat pendidikan terakhir di Sekolah Tinggi Elmira Free Academy.
  4. Tommy pernah membuka kedai sendiri, The People's Place di Elmira. Tapi kedai tersebut bankrap selepas 7 tahun beroperasi.
  5. Tommy pernah ditawarkan menjadi pembantu oleh Calvin Klein dan Perry Ellis, tapi dia menolak.
  6. Tommy Hilfiger Corporation diasaskan pada 1984, tetapi hanya melancarkan koleksi pertama pada 1992 dan berjaya melonjakkan namanya setaraf Calvin Klein, Perry Ellis dan Ralph Lauren.
  7. 1995 - Tommy dianugerahkan 'Menswear Designer of The Year' oleh Council of Fashion Designers of America selepas beliau memperkenalkan koleksi Baggy kasual.
  8. Tommy pernah menghasilkan reality show The Cut pada 1995 untuk mencari pekerja yang benar2 berbakat untuk bekerja dengannya.
  9. Tommy telah mengakhiri perkahwinannya selama 20 tahun dengan isterinya Susie secara damai dan melalui perkahwinan itu, mereka memiliki 4 orang anak. Salah seorangnya ialah Ally, bintang siri MTV, Rich Girls..
Urm.. dah tahu kan.. Baru la boleh mengaku fasionista..

Beauty tips

Hi sweeties.. Sorry I've been busy sesangat minggu cuti ni. dari Perak ke Johor dan kembali ke Perak dalam suasana yang sangat la kelam kabut. Tetapi, sepanjang percutian, I dah dapatkan beberapa info tentang beauty. Meh baca sini..

Q : Kulit anda kering, apakah pewangi yang sesuai?
A : Bagi mereka yang berkulit kering, seeloknya menyapu pelembab dahulu sebelum menyembur pewangi jenis EDT ataupun minyak pati. Sebabnya kulit kering cepat menyerap pewangi. Jadi gunakan pewangi yang tahan lebih lama.

Q : Ada tompok putih pada kuku, kenapa?
A : Ha, tu tanda kuku anda sedang stress. Betul, tak tipu.. Bukan sebab kurang kalsium. Mungkin ada terhempap benda berat pada kuku tu. Buku pun dah berat bagi kuku tau. jadi, hati-hati masa buat kerja dapur tau.

Q : Nak guna bedak asas dewy atau matte?
A : Nak guna bedak apa pun, make sure dulu kulit anda jenis berminyak atau kering atau kulit kombinasi. Lepas tu  kena pastikan anda nak lapisan atau litupan tebal atau nipis dan fungsi tambahan lain pada bedak tersebut.

Q : Rambut leper la.. nak buat macam mana supaya bermaya?
A : Jawapannya mudah, rajin kan diri anda.. Caranya, ketika rambut basah, sapukan volumizing mousse. Kemudian gunakan berus besar ketika mengeringkan. Ataupun boleh juga sembur sahaja rambut anda dengan produk pemberi maya sebelum dikeringkan. Mana lebih mudah?

Q : Bibir tebal?? Bila pakai lipstik lebih sikit dah nampak macam badut. Macam mana ni??
A : Nak mekap bibir tebal mudah je. Bibir tebal dah seksi, tak perlu dioles lipstik tebal. Cukup hanya menggunakan jari untuk mengoles pada bibir dan tambah gloss pada bibir. Tak perlu lukis garis bibir ye.

Ok, terima kasih pada majalah cosmo dengan maklumat ini...

Thursday 15 March 2012

SOGO SALES

What's hot at Sogo now?? Here their sales for us to grab. Maybe I visit them this week. Just match with my needs, i buying some men thing for my wedding. Hahaha

What's suitable with him? He's not working in office, he's a network technician, working with fiber. So, what's ur opinion? What should i buy for him? A boot? hahaha

Wednesday 14 March 2012

Peraduan Yang Mudah Untuk anda.

Berikut adalah peraduan yang mudah untuk anda sertai bagi mengisi masa lapang anda di samping memberi peluang yang baik untuk anda. Nak cuba? Klik sahaja mana2 peraduan yang tersenarai di bawah..

  1. Peraduan Dutch lady - Jadi Bijak Jadi Terkenal (1 Mac - 30 April 2012)
  2. Peraduan Nestle - Menangi Pengalaman sarapan Pagi Yang Unik (1 Mac- 30 April 2012)
  3. Peraduan Dettol - Flippy & Hoofy's Clean Quest Contest ( sekarang sehingga 31 Mac 2012)
  4. Peraduan Oral-B - Brush More, smile More Photo Contest (29 Feb - 30 April 2012)
  5. Peraduan Mamee - Mamee Cup Crazy Contest (13 Feb - 29 April 2012)
  6. Peraduan Mister Potato - Ker-$hing Ker $hing Contest (1 Jan - 31 Mac 2012)
Cukup tak? Nak lagi tak? Peraduan yang tersenarai adalah berbentuk mudah dan tidak memerlukan anda berbelanja banyak. Lagi pula barangan yang tersenarai adalah barangan am yang biasa digunakan isi rumah. Selamat mencuba..

Flower Power Contest

Hello there... Such a long time i've been busy. Hoohohoho

Just came back from Johor visited my brother and sister in law. My 2nd nephew just born. A BOY again.. Sweet just like his brother, yet his name still in secret. Hahaha..

When I was at Johor, I had spend some time at Pasar Borong Pandan City. My Goodness, i lost my mind buying so many thing cheaper then ever.

But, I'd loved shop at KL Sogo more. U know there a contest name Flower Power Contest at KL Sogo right now. U can participate when u spend RM300 in a single receipt at any food outlets and restaurants at KL Sogo. Just fill up the entry form and hoping for the best. While u are shop and get tired, just taking some meals with friends or family and u a entitle to join this contest. Hihihi

Wednesday 7 March 2012

SBPA dibatalkan dan SSM ditambah baik

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya.. Pengumuman di PICC telah menjawab persoalan kakitangan awam selama ini. SBPA telah dibatalkan dan SSM telah ditambah baik.

Berikut merupakan penambah baikan tersebut:
  1. Kenaikan gaji 13% bagi gred 1-54
  2. Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  3. Cola kawasan B dan C dinaikkan RM50
  4. Kenaikan gaji tahunan antara 80-320
  5. Time-based dikekalkan 8 tahun
  6. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM
Gembira? Senyum la tu..

Sunday 4 March 2012

How to Increase Your Site Traffic and Popularity

I am the baby blogger and i always search for a new way to increase my site traffic. it's very difficult and i just want to share with any blogger out there who feel the same way with me.

I found this site while looking and walking alone. THEHEHEE

 You might want to try this out. It's free and it's just an exchange systems. By register, u will get coin and with that coin you can promote ur social media.

So, why waste ur time? Get to Earn More Follower now!

Or, maybe u like this too.. Thie site also help u to increase the traffic to ur website. try this out too.. I Like Traffic

Saturday 3 March 2012

Soalan Lazim Ditanya Dalam Temuduga (Part 2)

Ok, kita sambung pulak untuk bahagian 3,4 dan 5.

Bahagian 3 : Soalan berkaitan Pasukan

Dalam bahagian ini, soalan lebih menjurus untuk mengetahui sama ada anda boleh bekerja secara berpasukan atau tidak. Hal ini kerana kebanyakan company memerlukan kerja berpasukan untuk mencapai sasaran mereka.

Antara soalan yang biasa ditanya berkaitan bahagian ini ialah:
  • Jenis orang yang anda suka / tidak suka bekerja bersama.
  • Apa kualiti seorang bos yang sepatutnya
  • Apa  kualiti anda
 Sama jugak, pastikan jawapan anda dikaitkan dengan company. Contohnya Jenis orang yang anda suka / tidak suka - Saya suka bekerja secara berkumpulan kerana ia membantu saya mencapai sasaran sebaliknya saya tidak suka bekerja dengan orang yang pentingkan diri sendiri kerana dia akan melambatkan pasukan untuk mencapai sasaran.

Bahagian 4 : Soalan berkaitan compay

Kebanyakan penemuduga sangat berbangga dengan syarikat mereka. Jadi, pastikan anda kaji berkenaan syarikat yang anda hadiri temuduga dan tunjukkan minat anda untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Sediakan beberapa soalan untuk penemuduga sebagai menunjukkan minat anda terhadap syarikat mereka.

Antara soalan lazim ditanya berkaitan bahagian ini ialah:
  • Mengapa anda ingin bekerja disini? - elakkan menyebut tentang gaji
  • Apa yang anda tahu tentang company ini? - nyatakan tentang perancangan masa depan mereka, pencapaian terbaik mereka supaya mereka tahu anda memberi perhatian terhadap syarikat mereka.
  • Adakah anda mempunyai soalan untuk ditanya? - Ini soalan menguji untuk lihat jika anda seorang yang berfikir. 
Bahagian 5 : Soalan Situasi

Bahagian ini lebih kepada praktikal iaitu untuk melihat bagaimana anda berhadapan dengan sesuatu masalah. Penemuduga biasanya akan bagi satu situasi dan minta anda jelaskan tindakan anda dalam situasi tersebut.

Soalan yang biasa ditanya:
  • Ceritakan bagaimana anda bertindak apabila anda menghadapi konflik dengan pekerja atasan anda.
  • Ceritakan tentang sesuatu tugas yang anda bangga dan bagaimana anda lakukannya.
  • Ceritakan tentang kegagalan yang pernah hadapi dan apa yang anda pelajari daripadanya.
  • Jika bos anda beri tugas yang mustahil kepada anda, apa yang akan anda katakan kepada dia?

Paling penting, pastikan anda tidak menipu kerana penipuan hanya akan mencekik leher anda sendiri. semoga anda berjaya dengan temuduga anda. Dapat keje belanja saya tau =)

Friday 2 March 2012

Soalan Lazim Ditanya Dalam Temuduga

Nak menghadiri temuduga? Pastikan anda bersedia dengan jawapan yang sesuai untuk soalan penemuduga. terdapat 5 bahagian soalan yang biasa ditanya oleh penemuduga iaitu:
  • Soalan Personal
  • Soalan berkaitan Kerja
  • Soalan berkaitan Team
  • Soalan berkaitan Syarikat
  • Soalan Situasi / Aplikasi
Bahagian 1 : Soalan Personal
Ok, this part is all about yourself. Pastikan jawapan anda menarik dan berbeza daripada orang lain.

Contohnya, 'Tell me about yourself'. -jawapan yang biasa ialah nama, asal, umur, belajar dimana..
Cuba anda jawab secara kreatif dan kaitkan dengan kehendak syarikat.
Contoh jawapan - my name is Manissah and I came from Gerik, Perak, a small town that had been declared as emergency area during Japanese Rules. I'd love everything nice and different so I learn making anything that satisfy my need. It's not just turn me into creative person but also help me gain some money by sold my creations.

antara soalan lain yang biasa ditanya di dalam bahagian ini ialah;
  • Dimana anda belajar
  • Apa yang anda suka/tidak suka semasa belajar
  • Apa pekerjaan yang pernah anda lakukan dan apa yang anda perolehi dari kerja tersebut
  • Apa buku/majalah yang anda suka baca
  • Apa hobi anda
Pastikan jawapan anda kreatif dan stand out from others.

Bahagian 2 :  Soalan berkaitan pekerjaan
Dalam bahagian ini, anda perlu pastikan anda akan memberi apa yang mereka perlukan. Fokuskan terhadap bagaimana jawapan anda dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Tunjukkan nilai anda dan apa yang anda boleh bagi setelah mereka hire anda bekerja.

Antara soalan yang biasa ditanya di dalam soalan ini ialah:
  • Apa kelebihan anda?
  • Apa kelemahan anda? - Pastikan jawapan anda jujur dan jangan lupa came out with the solution untuk menghilangkan kelemahan anda itu.
  • Pekerjaan apa yang anda enjoy?
  • Selain wang, apa lagi yang menarik anda untuk bekerja?
  • Mengapa kami patut hire anda?
  • Apa perancangan masa depan anda?
Sambung nanti ye.. 

Thursday 1 March 2012

Saya dapat Kerja!!!

Temuduga adalah penentu kerja itu milik anda atau tidak. Jadi, pastikan anda bersedia untuk menjadi hebat dalam temuduga anda.

Anda adalah penjual diri anda sendiri dan penemuduga adalah pembeli yang akan membeli anda jika anda hebat. Apa yang pembeli / penemuduga ini mahu?

  • Boleh anda bantu mereka membuat lebih banyak keuntungan?
  • Boleh anda bantu mereka menjimatkan kos mereka?
  • Boleh anda bantu menyelesaikan masalah mereka?
  • Boleh anda meningkatkan imej syarikat mereka dengan menjadi pekerja yang bagus?
Adakah anda memenuhi kriteria tersebut? ANDA perlu pastikan anda memenuhi satu atau lebih kriteria di dalam fikiran PEMBELI tersebut, maka peluang anda untuk MENDAPAT KERJA akan lebih cerah.

Berikut adalah beberapa tips untuk anda bersedia menghadiri temuduga:

  1. Kenali syarikat anda memohon kerja - dapatkan maklumat syarikat melalui laman web mereka, dan dapatkan maklumat berkenaan perancangan syarikat mereka dan cabaran yang mereka hadapi. Ini boleh membantu anda mendapatkan idea untuk menonjolkan kelebihan diri anda.
  2. Jadi seorang yang terbuka - jujur dengan perkara yang anda tidak suka dan elakkan daripada membincangkan soal gaji kecuali jika anda ditanya. Jika dipelawa minuman, jangan ditolak kerana itu menunjukkan bahawa anda boleh bergaul dengan baik.
  3. Jangan merendah diri - Bangga lah dengan diri anda dan apa yang telah anda laksanakan. Tunjukkan kepada mereka bahawa jika mereka memilih anda, anda dapat membantu mereka meningkatkan keuntungan, atau menjimatkan wang, atau mungkin menyelesaikan masalah dengan baik. Just Toot Your Horn!
  4. Tunjukkan bahasa tubuh yang meyakinkan - pastikan anda duduk dengan tegak, berpakaian yang sesuai, senyum, dan maintain eye contact. Sorokkan perasaan gementar anda ye..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...