Showing posts with label Tips2 baik punya... Show all posts
Showing posts with label Tips2 baik punya... Show all posts

Monday, 20 February 2012

Tips memilih jeans yang sesuai

Ok, td lepas keje sesaja jalan cuci mata.. Gaji belum masuk nk just buy pun. Kawan ajak la teman dia cuci mata tgk jeans. So, kitorang pun membelek la Ladylike.

Sambil2 kitorang pn bual la jgk jean cemana yang sesuai dengan kitorg yg kurus nih. Let's share sesama ek..

Jeans potongan BOOT : ok, jeans jenis ni sesuai untuk mereka yang badan curvy supaya membalancekan pinggul dengan paha besar. Kalau mcam u all yg bdan kecik, kna la pilih yg kaler nya  cerah supaya nampak la u all ni tinggi kan. HEHEHE

Jenis potongan FLARE : ha, jenis ni plak untuk orang yang tinggi. Potongan jeans ni lurus je. Kaki u all nmpak panjang pakai jeans ni. Tp klu u all org yg kecil / pendek, jgn amik tau, nnt nmpak weird badan kecik kaki panjang. If u all badan besar ckit, amik kaler gelap sbb warna gelap menyempitkan ruang.

Jenis potongan SKINNY : This type, really suitable with me, because very suit for skinny people. Potongannya tirus n sendat ckit, so si pemakai nmpak la berisi, kaki lebih panjang n bontot pun x de la nmpak leper je. HOHOHO

Jenis potongan STRAIGHT : This design, sesuai untuk mereka yang bertubuh besar. Design ni 1 cara menyembunyikan paha serta pinggul berisi. bila pkai pun rasa la selesa ckit sbb ada la ruang untuk bahagian tu. Klu pkai skinny jeans, cian paha x boleh bernafas kn..

So, which one suit u?

Tips bersihkan solekan

Wajah yang cantik idaman semua wanita. Habiskan duit untuk aset terpenting perkara biasa kn. Tp, apa kata kita amalkan tips paling asas untuk wajah yang cantik.
  1. Sediakan keperluan asas membersih - kapas, pelembab, penyegar, tuala lembut, n aye make up remover
  2. Mulakan membersih dengan bahagian paling tebal solekan seperti bibir dan mata. Lebih baik gunakan produk asas minyak untuk menanggalkan partikel solekan dan pastikan jgn tinggalkan pada celah2 rekahan kulit.
  3. Guna pembersih paling sesuai mengikut jenis kulit - 4 jenis kulit iaitu kulit normal, kulit berminyak, kulit kering, dan kulit kombinasi berminyak dan kering. Pastikan untuk mencuci bahagian mata, gunakan bahan yang dikhususkan untuk mata sahaja kerana kulit mata sangat sensitif. 
  4. Selesai membersih, pastikan sapu penyegar menggunakan kapas. Penyegar berfungsi sebagai 'pengutip' sisa tinggalan pembersih. pastikan penyegar anda tidak mengandungi ALKOHOL kerana bahan tersebut mengeringkan kulit.
  5. Selesai membersih dan menyegar, sapukan pelembab untuk memelihara kelembapan wajah yang baru disental sebentar tadi.
Once u finish, boleh la cari bantal n rehatkan otak pulak for tomorrow...

Saturday, 18 February 2012

Tips menulis resume / CV yang akan membuka peluang dipanggil temuduga

1 tawaran jawatan kosong, 1000 permohonan yang diterima. Jadi, bagaimana untuk memastikan permohonan kita diterima antara 1000 permohonan tersebut?

Pastikan CV / RESUME anda tidak mempunyai kesilapan berikut:
  1. Kesilapan yang bersusun - maksudnya terdapat pelbagai kesilapan ejaan dan sebagainya di dalam cv kamu. Hal ini memberi tanggapan bahawa kamu seorang yang malas dan tidak bersungguh-sungguh mahukan jawatan tersebut. Jadi, untuk mengelakkan berlaku kesilapan ini, minta bantuan rakan kamu untuk membaca cv kamu supaya kesilapan yang kamu tak perasan disedari oleh rakan kamu.
  2. Format yang lemah - Jika kamu majikan yang sedang membuat pemilihan daripada 1000 cv yang diterima, nak ke kamu baca cv yang panjang lebar dan meleret2? Jadi, lebih baik cv kamu ringkas, tepat, dan padat, menggunakan format tulisan klasik seperti Times New Roma, dan pastikan tersusun bermula dengan maklumat peribadi di ikuti latar kerjaya.
  3. CV yang terlalu umum - Pastikan kamu menulis CV yang bersesuai dengan jawatan yang kamu pohon. Maksudnya kemahiran kamu mesti disesuaikan dengan kriteria yang dikehendaki oleh jawatan tersebut. Contohnya jika mereka memerlukan Pengurus Cawangan, senaraikan semua kursus pengurusan yang telah dihadiri berserta dengan pengalaman dalam bidang tersebut.
  4. Menambah cerita palsu - jangan sesekali kamu menambah cerita palsu untuk membuatkan CV kamu nampak hebat! Sepatutnya kamu fokus kepada kemahiran sedia ada, pengalaman masa lalu, dan pencapian terbaik sebelum ini. Tak perlu menipu tau. 
Good Luck!

Tips menjadikan diri digemari

Urm, susah sebenarnya untuk menjadi seorang yang digemari ramai. Apatah lagi bila diri kita ni pemalu kn..
Apa kata kita cuba tips2 berikut supaya kita jadi macam magnet pada orang lain:
  1. Memilih jenis pakaian yang sesuai. Cuba bayangkan kita melihat seseorang berpakaian yang sepadan dengan dirinya, tentu rasa macam nk tegur je kn. Jadi, kita pn kena la berpakaian yang sepadan dengan diri kita supaya bila orang tengok kita rasa nk tegur kita. Tak perlu beli pakaian yang mahal, murah pn boleh asalkan nampak sesuai dan padan je dengan badan kita, kulit kita, dan gaya hidup kita. Orang tengok pn nampak selesa.
  2. Kemudian, kena la sapa orang lain dengan betul. Maknanya kena la guna bahasa yang elok dan paling penting SENYUM. Kalau muka masam je sapa nk tegur kan? Contohnya kalau dalam majlis minum petang ke, cuba pastikan sentiasa senyum pada sesiapa je yang pandang. Itu akan jadi petanda bahawa kita ni seorang yang boleh didekati. Bukan maksudnya seorang yang murah pulak tau..
  3. Seterusnya, pastikan kita menegur orang lain. Ops, pastikan tegur yang sama jantina dulu ye. Kalau tetiba tegur berlainan jantina nanti dianggap menggatal pula.. Tunjukkan minat kita kat mereka, dari segi pakaian mereka mungkin. Jangan pulak ber'over' ceritakan hal kita je..
 Ha, senang ke susah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...