Saturday 18 February 2012

Tips menulis resume / CV yang akan membuka peluang dipanggil temuduga

1 tawaran jawatan kosong, 1000 permohonan yang diterima. Jadi, bagaimana untuk memastikan permohonan kita diterima antara 1000 permohonan tersebut?

Pastikan CV / RESUME anda tidak mempunyai kesilapan berikut:
  1. Kesilapan yang bersusun - maksudnya terdapat pelbagai kesilapan ejaan dan sebagainya di dalam cv kamu. Hal ini memberi tanggapan bahawa kamu seorang yang malas dan tidak bersungguh-sungguh mahukan jawatan tersebut. Jadi, untuk mengelakkan berlaku kesilapan ini, minta bantuan rakan kamu untuk membaca cv kamu supaya kesilapan yang kamu tak perasan disedari oleh rakan kamu.
  2. Format yang lemah - Jika kamu majikan yang sedang membuat pemilihan daripada 1000 cv yang diterima, nak ke kamu baca cv yang panjang lebar dan meleret2? Jadi, lebih baik cv kamu ringkas, tepat, dan padat, menggunakan format tulisan klasik seperti Times New Roma, dan pastikan tersusun bermula dengan maklumat peribadi di ikuti latar kerjaya.
  3. CV yang terlalu umum - Pastikan kamu menulis CV yang bersesuai dengan jawatan yang kamu pohon. Maksudnya kemahiran kamu mesti disesuaikan dengan kriteria yang dikehendaki oleh jawatan tersebut. Contohnya jika mereka memerlukan Pengurus Cawangan, senaraikan semua kursus pengurusan yang telah dihadiri berserta dengan pengalaman dalam bidang tersebut.
  4. Menambah cerita palsu - jangan sesekali kamu menambah cerita palsu untuk membuatkan CV kamu nampak hebat! Sepatutnya kamu fokus kepada kemahiran sedia ada, pengalaman masa lalu, dan pencapian terbaik sebelum ini. Tak perlu menipu tau. 
Good Luck!

1 comment:

  1. Dah banyak apply kerja tapi masih belum dapat panggilan interview? Penyelesaian hanya satu. Baca link di bawah.
    "Rahsia Resume Power Terbongkar @ Blog Dan Duit online"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...