Saturday 18 February 2012

Tips menjadikan diri digemari

Urm, susah sebenarnya untuk menjadi seorang yang digemari ramai. Apatah lagi bila diri kita ni pemalu kn..
Apa kata kita cuba tips2 berikut supaya kita jadi macam magnet pada orang lain:
  1. Memilih jenis pakaian yang sesuai. Cuba bayangkan kita melihat seseorang berpakaian yang sepadan dengan dirinya, tentu rasa macam nk tegur je kn. Jadi, kita pn kena la berpakaian yang sepadan dengan diri kita supaya bila orang tengok kita rasa nk tegur kita. Tak perlu beli pakaian yang mahal, murah pn boleh asalkan nampak sesuai dan padan je dengan badan kita, kulit kita, dan gaya hidup kita. Orang tengok pn nampak selesa.
  2. Kemudian, kena la sapa orang lain dengan betul. Maknanya kena la guna bahasa yang elok dan paling penting SENYUM. Kalau muka masam je sapa nk tegur kan? Contohnya kalau dalam majlis minum petang ke, cuba pastikan sentiasa senyum pada sesiapa je yang pandang. Itu akan jadi petanda bahawa kita ni seorang yang boleh didekati. Bukan maksudnya seorang yang murah pulak tau..
  3. Seterusnya, pastikan kita menegur orang lain. Ops, pastikan tegur yang sama jantina dulu ye. Kalau tetiba tegur berlainan jantina nanti dianggap menggatal pula.. Tunjukkan minat kita kat mereka, dari segi pakaian mereka mungkin. Jangan pulak ber'over' ceritakan hal kita je..
 Ha, senang ke susah?

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...