Saturday 24 March 2012

Kursus PraPerkahwinan

THEHEHEHE.. This week saya pegi kursus pra perkahwinan. Maklumlah tetiba rasa nk kawen plak. Esok saya akan grad la kursus ni. Kira dah ready la nk kawen tu.

Tadi masa kursus, jumpa ramai betul x-student amik kursus kawen sama. Padahal baru je berapa ari result SPM diorang keluar. Urm, macam pelik. Kita yang dh usia almost 26 pun rasa macam muda lg nak kawen. Cemana la bebudak tu yang baru je habis zaman sekolah n belum pun rasa real world boleh nak kawen..

Actually nak share input masa kursus tadi. Bagus sangat la kursus tu untuk pasangan yang bakal berkahwin. Input2 nya terdiri daripada hal2 akidah, akhlak, ibadah, prosedur perkahwinan, hubungan kekeluarga selepas berkahwin, dan pengurusan kewangan selepas perkahwinan.

Dalam topik akidah, akhlak, dan ibadah, penceramah menjelaskan bagaimana akidah membantu pasangan memelihara perkahwinan serta akibatnya terhadap perkahwinan jika akidah terpesong.

Yang best kan masa slot dengan Ustaz Azhar. Memang penat je ketawa. Masa slot ni la baru tahu rupanya Mas Kawen boleh hutang. Jika hutang Mas Kawen, katakan RM3k, jika pada malam isteri tidak izinkan suami menyentuhnya selagi tidak membayar Mas Kawen, maka tidak menjadi dosa pada isteri kerana Mas Kawen adalah hak isteri. TETAPI... Jika isteri memberi keizinan untuk suami menyentuh dan menyetubuhi isteri sebelum membayar Mas Kawen, maka hukum membayar Mas Kawen yang wajib telah menjadi separuh. Jika asal janji RM3k, tetapi bila telah bersama, Mas Kawen hanya tinggal separuh iaitu RM1 500 sahaja yang wajib suami bayar. ALASANNYA... Telah melakukan hubungan suami isteri...

Hadoi, ada jugak macam tu ek. Ha, kaum2 isteri sekalian, hati-hati ye.. Jangan termakan pujuk rayu ye. Nanti rugi separuh.. HAHAHAHAHA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...