Wednesday 21 March 2012

Tips Berjimat disamping Kereta Terhebat??

Ha, bangga sangat la drive kete grand ek.. Tapi kan, jangan la bergaya tapi dompet kering. Mari kita sama-sama berjimat walau pun memandu kereta yang mantop!

  1. Pastikan anda servis kereta anda selalu. Aktiviti berjadual ini akan dapat membantu mengelakkan risiko tidak menyedari kerosakan kereta sehingga menjadi parah. Bila servis berjadual, kerosakan kecil dapat dikesan lebih cepat dan pada tahap minimum. So, tak la banyak belanja kena keluarkan.
  2. Jaga keadaan tayar kereta anda. Kenapa? Jika tayar anda terlebih angin, nanti meletup. Jika terkurang angin, boleh menyebabkan masalah kawalan. Selain itu jika tahap tekanan angin salah pun akan menyebabkan bunga tayar haus dan menyebabkan pembakaran minyak meningkat sehingga 30%. Banyak tu..
  3. Pilihan lokasi parking. Kereta canggih ke? Perlu parkir di dalam bangunan ke? Ala, apa salahnya park je kereta anda di luar bangunan di kawasan lapang. Lebih menjimatkan harga parkir di luar bangunan kan.. Sambil dalam masa yang sama boleh juga tayang kereta canggih anda tu kan..
  4. Gaya pemanduan menjimatkan. Bagaimana? Rancang perjalanan lebih awal dan jangan memecut secara mendadak. Jika anda berhenti di sesuatu tempat, lebih baik jika matikan enjin kerana lebih menjimatkan petrol anda.
  5. Pilihan warna kereta yang selamat. Ada ke warna yang lebih selamat? Ada.. Menurut kajian British Medical Journal, Kereta berwarna perak memiliki risiko terbabit kemalangan 50% lebih rendah berbanding kereta warna lain. Mantop!
Urm, sesiapa ada cara yang lain? Boleh share bersama.

p/s : tq cosmo n my little mechanic..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...