Saturday 3 March 2012

Soalan Lazim Ditanya Dalam Temuduga (Part 2)

Ok, kita sambung pulak untuk bahagian 3,4 dan 5.

Bahagian 3 : Soalan berkaitan Pasukan

Dalam bahagian ini, soalan lebih menjurus untuk mengetahui sama ada anda boleh bekerja secara berpasukan atau tidak. Hal ini kerana kebanyakan company memerlukan kerja berpasukan untuk mencapai sasaran mereka.

Antara soalan yang biasa ditanya berkaitan bahagian ini ialah:
  • Jenis orang yang anda suka / tidak suka bekerja bersama.
  • Apa kualiti seorang bos yang sepatutnya
  • Apa  kualiti anda
 Sama jugak, pastikan jawapan anda dikaitkan dengan company. Contohnya Jenis orang yang anda suka / tidak suka - Saya suka bekerja secara berkumpulan kerana ia membantu saya mencapai sasaran sebaliknya saya tidak suka bekerja dengan orang yang pentingkan diri sendiri kerana dia akan melambatkan pasukan untuk mencapai sasaran.

Bahagian 4 : Soalan berkaitan compay

Kebanyakan penemuduga sangat berbangga dengan syarikat mereka. Jadi, pastikan anda kaji berkenaan syarikat yang anda hadiri temuduga dan tunjukkan minat anda untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Sediakan beberapa soalan untuk penemuduga sebagai menunjukkan minat anda terhadap syarikat mereka.

Antara soalan lazim ditanya berkaitan bahagian ini ialah:
  • Mengapa anda ingin bekerja disini? - elakkan menyebut tentang gaji
  • Apa yang anda tahu tentang company ini? - nyatakan tentang perancangan masa depan mereka, pencapaian terbaik mereka supaya mereka tahu anda memberi perhatian terhadap syarikat mereka.
  • Adakah anda mempunyai soalan untuk ditanya? - Ini soalan menguji untuk lihat jika anda seorang yang berfikir. 
Bahagian 5 : Soalan Situasi

Bahagian ini lebih kepada praktikal iaitu untuk melihat bagaimana anda berhadapan dengan sesuatu masalah. Penemuduga biasanya akan bagi satu situasi dan minta anda jelaskan tindakan anda dalam situasi tersebut.

Soalan yang biasa ditanya:
  • Ceritakan bagaimana anda bertindak apabila anda menghadapi konflik dengan pekerja atasan anda.
  • Ceritakan tentang sesuatu tugas yang anda bangga dan bagaimana anda lakukannya.
  • Ceritakan tentang kegagalan yang pernah hadapi dan apa yang anda pelajari daripadanya.
  • Jika bos anda beri tugas yang mustahil kepada anda, apa yang akan anda katakan kepada dia?

Paling penting, pastikan anda tidak menipu kerana penipuan hanya akan mencekik leher anda sendiri. semoga anda berjaya dengan temuduga anda. Dapat keje belanja saya tau =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...