Thursday 1 March 2012

Saya dapat Kerja!!!

Temuduga adalah penentu kerja itu milik anda atau tidak. Jadi, pastikan anda bersedia untuk menjadi hebat dalam temuduga anda.

Anda adalah penjual diri anda sendiri dan penemuduga adalah pembeli yang akan membeli anda jika anda hebat. Apa yang pembeli / penemuduga ini mahu?

  • Boleh anda bantu mereka membuat lebih banyak keuntungan?
  • Boleh anda bantu mereka menjimatkan kos mereka?
  • Boleh anda bantu menyelesaikan masalah mereka?
  • Boleh anda meningkatkan imej syarikat mereka dengan menjadi pekerja yang bagus?
Adakah anda memenuhi kriteria tersebut? ANDA perlu pastikan anda memenuhi satu atau lebih kriteria di dalam fikiran PEMBELI tersebut, maka peluang anda untuk MENDAPAT KERJA akan lebih cerah.

Berikut adalah beberapa tips untuk anda bersedia menghadiri temuduga:

  1. Kenali syarikat anda memohon kerja - dapatkan maklumat syarikat melalui laman web mereka, dan dapatkan maklumat berkenaan perancangan syarikat mereka dan cabaran yang mereka hadapi. Ini boleh membantu anda mendapatkan idea untuk menonjolkan kelebihan diri anda.
  2. Jadi seorang yang terbuka - jujur dengan perkara yang anda tidak suka dan elakkan daripada membincangkan soal gaji kecuali jika anda ditanya. Jika dipelawa minuman, jangan ditolak kerana itu menunjukkan bahawa anda boleh bergaul dengan baik.
  3. Jangan merendah diri - Bangga lah dengan diri anda dan apa yang telah anda laksanakan. Tunjukkan kepada mereka bahawa jika mereka memilih anda, anda dapat membantu mereka meningkatkan keuntungan, atau menjimatkan wang, atau mungkin menyelesaikan masalah dengan baik. Just Toot Your Horn!
  4. Tunjukkan bahasa tubuh yang meyakinkan - pastikan anda duduk dengan tegak, berpakaian yang sesuai, senyum, dan maintain eye contact. Sorokkan perasaan gementar anda ye..
 

2 comments:

  1. bagus2 post yang membina masa depan =P

    La ada add link teman dalam list ke napa x bagi tau .. jap teman add link blog kawan juga ye ..
    tima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa belum dapat kje mcam orang sasau nk g interview, skang dh tahu share la dengan sesapa yang memerlukan. Tq sakio :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...