Monday 19 March 2012

Beauty tips

Hi sweeties.. Sorry I've been busy sesangat minggu cuti ni. dari Perak ke Johor dan kembali ke Perak dalam suasana yang sangat la kelam kabut. Tetapi, sepanjang percutian, I dah dapatkan beberapa info tentang beauty. Meh baca sini..

Q : Kulit anda kering, apakah pewangi yang sesuai?
A : Bagi mereka yang berkulit kering, seeloknya menyapu pelembab dahulu sebelum menyembur pewangi jenis EDT ataupun minyak pati. Sebabnya kulit kering cepat menyerap pewangi. Jadi gunakan pewangi yang tahan lebih lama.

Q : Ada tompok putih pada kuku, kenapa?
A : Ha, tu tanda kuku anda sedang stress. Betul, tak tipu.. Bukan sebab kurang kalsium. Mungkin ada terhempap benda berat pada kuku tu. Buku pun dah berat bagi kuku tau. jadi, hati-hati masa buat kerja dapur tau.

Q : Nak guna bedak asas dewy atau matte?
A : Nak guna bedak apa pun, make sure dulu kulit anda jenis berminyak atau kering atau kulit kombinasi. Lepas tu  kena pastikan anda nak lapisan atau litupan tebal atau nipis dan fungsi tambahan lain pada bedak tersebut.

Q : Rambut leper la.. nak buat macam mana supaya bermaya?
A : Jawapannya mudah, rajin kan diri anda.. Caranya, ketika rambut basah, sapukan volumizing mousse. Kemudian gunakan berus besar ketika mengeringkan. Ataupun boleh juga sembur sahaja rambut anda dengan produk pemberi maya sebelum dikeringkan. Mana lebih mudah?

Q : Bibir tebal?? Bila pakai lipstik lebih sikit dah nampak macam badut. Macam mana ni??
A : Nak mekap bibir tebal mudah je. Bibir tebal dah seksi, tak perlu dioles lipstik tebal. Cukup hanya menggunakan jari untuk mengoles pada bibir dan tambah gloss pada bibir. Tak perlu lukis garis bibir ye.

Ok, terima kasih pada majalah cosmo dengan maklumat ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...