Wednesday 29 February 2012

Tips penjagaan kereta

Salam semua..

Lama tak menjengah blog ni. Busy betul. Buat soalan untuk peperiksaan Penilaian Kurikulum 1, hari ni sambung pulak dengan tugas sebagai Pengadil dan Pencatat Pusingan bagi Kejohanan balapan dan Padang MSSD Hulu Perak. Urm, busy betul. So, sharing kali ni tentang penjagaan kereta sebabnya pagi ni kereta saya buat hal tak idup pulak. Mujur dekat je destinasi, boleh la naik motorsikal. Kalau jauh, sejuk beku la saya smpai sekolah naik motorsikal.

Pertama, pastikan bila sampai ke destinasi anda, periksa dulu lampu kereta sebelum matikan suis. Sebab kadang2 waktu siang bila hujan kita pasang lampu dan lupa nak tutup semula. Waktu malam lain la sebab kita nampak cahaya lampu kita. Keadaan ini akan menyebabkan bateri menjadi lemah (bateri kong). Ha, tak pasal2 kena charge atau tukar bateri tu.

Kedua, pastikan anda memeriksa minyak enjin dan air bateri. Ini pun penting jugak sebab boleh menyebabkan enjin berasap terbakar. Lagi bahaya kan.. Bukan susah pun nak periksa, cuma kena konsisten la. Tak payah bawak ke bengkel, DIY je kat rumah.

Ketiga, dapatkan khidmat bengkel yang boleh dipercayai untuk wiring kereta anda. Kerana kesilapan pemasangan wayar juga boleh menyebabkan shot pada sistem wiring kereta.

Keempat, sentiasa memeriksa angin tayar kereta anda kerana kekurangan angin boleh merosakkan tayar kereta anda.

Kelima, kosongkan kereta anda daripada barang2 yang tidak diperlukan. Beg2 yang tidak diguna lebih baik ditinggalkan sahaja kerana berat muatan juga boleh mempengaruhi kelancaran pergerakan kereta selain meningkatkan penggunaan bahan pembakar.

Semoga kereta anda sihat seperti anda. HEHEHE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...