Friday 24 February 2012

Panduan Solat Musafir

Solat itu tiang agama. Walau apa pun kita buat, kena pastikan solat dipelihara kn. Mesti ada sesuatu masa kita bermusafir atau dalam kata lain pergi ke satu tempat yang jauh macam melancong ke. Jadi, Islam dah sediakan kemudahan solat untuk memudahkan urusan umat Islam.

Jadi, bukan alasan untuk tidak solat tau..

Solat Secara Qasar
Solat secara Qasar bermaksud memendekkan solat 4 rakaat (Zuhur, Asar, Isya') kepada 2 rakaat.
Syarat sah solat Qasar ialah :
  1. Ditunaikan ketika musafir
  2. Memenuhi jarak minimum iaitu 2 marhalah
  3. Berniat Qasar ketika Takbiratul Ihram
  4. Tidak menjadi makmum kepada orang yang sembahyang cukup 4 rakaat
Solat Secara Jamak
Solat Jamak ialah menghimpunkan 2 solat dalam 1 waktu. Solat Jamak terbahagi kepada 2 iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Ta'khir. 
Jamak Taqdim ialah solat waktu kedua didirikan dalam waktu pertama. Contohnya Asar didirikan dalam waktu Zohor, atau Isya' didirikan dalam waktu Maghrib.
Jamak Ta'khir ialah melewatkan solat pertama ke dalam waktu kedua. Contohnya waktu Zohor dibawa ke dalam waktu Asar atau waktu Maghrib di bawa ke dalam waktu Isya'.

Solat Jamak berserta Qasar
Cara ini ialah dengan berniat solat Qasar dan Jamak bersama. Maknanya jika melakukan Jamak Taqdim Zuhur dengan Asar, niatnya ialah:
"Sahaja aku solat Zuhur 2 rakaat Qasar dihimpunkan kepadanya Asar dengan Jamak Taqdim kerana Allah Taala"

Dan niat untuk Asar pulak ialah:
"Sahaja aku solat fardu Asar 2 rakaat QasarJamak Taqdim berserta Zuhur kerana Allah Taala"

Begitu juga dengan niat solat Jamak Qasar lain. Cumanya bagi solat maghrib, perlu ditunaikan 3 rakaat juga. Hanya solat 4 rakaat sahaja yang boleh dipendekkan.

Semoga ini menjadi panduan kepada yang memerlukan. Saya mendapat maklumat ini melalui buku yang saya beli sebagai panduan saya sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...