Saturday 25 February 2012

Kenapa lelaki Tak Faham Ye???

Ha, berdasarkan pembacaan saya, otak lelaki ni lain sikit. Sel otak ruang bahasa lelaki sebenarnya 12% lebih kecil dari otak kita tau.

Bayangkan otak kita ada jambatan yang hubungkan otak kiri (logic thinking) dengan otak kanan (emotional thinking). Kalau dalam otak perempuan saraf jambatan tu lebih besar tapi dalam otak lelaki saiz tu lebih kecil Sebab tu kadang2 ada maklumat yang tak sampai kat otak kanan, Jambatan sempit, tersangkut la dia.

Otak lelaki pulak kan, boleh atur maklumat, rangsangan, dan emosi dengan teratur dan lebih baik dari kita. Sebab tu dia bila sembang dengan pompuan cantik kat party, perasaan dia kat kita tak berubah. Sebab tu dia rasa pelik kenapa benda bagi dia remeh pun boleh buat kita nak mengamuk. Adoyai..

Dalam otak lelaki pencapaian lebih penting daripada hubungan. Bagi dia tak dak kawan pun tak pa janji dia ada pejabat sendiri dengan gaji yang besar. Bila ada semua tu, sure pompuan cari dia.

Lelaki kan, lebih kepada visual atau cinta pandang pertama. Kalau dia tengok perempuan tu cantik menarik perhatian, dia terus nak sapu je. Tak macam kita perempuan, bila nampak lelaki, dalam otak mesti dok fikir perangainya, kerjanya, kekasihnya, keluarganya..

Otak lelaki tak pandai nak susun ayat sebab ruang bahasa dia kecik. Sebab tu sakit hati nak dengar dia cakap sayang la, cinta la. Lelaki lebih kepada perbuatan. Jadi, kalau dia tolong masak untuk kamu, memang jelas sangat la dia sayang kamu..

Paling penting kan, lelaki sesama lelaki ada peraturan. Memang kadang2 mereka ni nakal, tapi mereka percaya perkahwinan adalah penting. Bagi mereka melalui perkahwinan, hak mereka lebih jelas dan kamu milik mereka. Itu petanda bahawa lelaki lain perlu patuh pada peraturan bahawa kamu milik mereka. Kalau kita pun bersama dia dan menghargai dia, lagi la lelaki rasa selamat. Erm, ada persamaan jugak dengan kita kan ladies..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...