Tuesday 21 February 2012

Fakta penyakit seksual (STD)

Ladies and gentlemen out there, please be aware of this sexual transmitted diseases! Here some fact about that, lets' get know.

  1. HPV or Human Papilloma Virus atau ketuat kemaluan                                                     Merupakan 100 jenis virus yang 40 daripadanya sering menyerang wanita. Bila dijangkiti, virus mungkin berjaya disingkirkan dalam tempoh yang lama tetapi akibatnya akan muncul ketuat berbentuk benjolan seperti warna putih pada bahagian yang terkena alat sulit dijangkiti. Biasanya benjolan ini akan muncul berkumpulan. Ketuat ini lembut tetapi tidak kering, tidak gatal, dan tidak menyakitkan. Secara umum, HPV boleh menyebabkan punca barah pangkal rahim. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh dirawat melalui ujian pap smear.
  2. HERPES                                                                                                                                Virus Herpes memasuki sistem saraf melalui sentuhan dengan objek seks atau mulut pasangan dijangkiti. Virus ini akan masuk dan bersembunyi menggandakan dirinya pada bahagian tulang belakang. Dalam masa seminggu atau 2 minggu sahaja kesannya akan timbul benjolan seperti jerawat sekitar kemaluan, dubur,dan  celah paha. Akibatnya sistem imun badan akan membentuk antibodi baru dan badan akan terdedah kepada kudis dan selsema. Purata 1 daripada 5 wanita akan dijangkiti virus ini.
  3.  CHLAMYDIA                                                                                                                    Ini adalah bakteria yang menjangkiti melalui air mani / air ejakulasi pasangan dijangkiti. Bakteria ini berbahaya kerana jika tidak dirawat akan menyebabkan berlaku Sindrom Kerengsaan Pelvik yang boleh menyebabkan kemandulan. Keadaan mereka yang dijangkiti biasanya rasa seperti terbakar ketika buang air kecil, selain keluar lendiran hijau kekuningan. 
  4. GONORRHEA                                                                                                           Merupakan bakteria dari air kemaluan, ejakulasi dan air mani yang menyebabkan keadaan sakit dan pedih pada bawah perut serta keluar lendiran hijau atau kuning dari kemaluan. Risiko penyakit ini sangat tinggi dan jika dibiarkan berlarutan akan menyerang uterus serta tiub fallopian. Kesannya akan menjejaskan kesuburan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...