Wednesday 22 February 2012

Tips Jatuh Cinta Lagi...

Mula2 kan, amboi, pegang tangan tak nak lepas. Skang, macam dah jemu je. Tak bagus la macam tu.. Mari kita sama2 jatuh cinta lagi ek.

  1. Perbaiki hubungan anda dan dia. Jangan asyik fikir macam mana nak selesaikan masalah je. Apa kata korg cuba cari punca berlaku masalah tu. Mungkin anda dah tak jaga penampilan macam dulu buat dia rasa jemu nak keluar dengan anda kn.
  2. Jangan bertengkar tapi jangan dok diam pulak. Bila diam tu yang menyebabkan jadi dendam. So, apa kata bila tak puas hati ada masalah, bertenang dulu, lepas tu ajak dia berbincang slow2. Jangan dok marah2 pulak. Cakap la dengan baik dan jangan mencabar pulak.
  3. Cuba idea zaman bercinta dulu. Buat date macam zaman bercinta dulu. Keluar asing2 ke tempat date. Atau boleh juga buat candle light dinner kat rumah je. Pastikan anda memakai pakaian yang seksi dan cantik untuk menarik kembali perhatiannya.
  4. Manjakan dia. Ha, idea ni memang akan sangat disukai. Apa kata hari hujung minggu anda manjakan dia dari awal pagi hari. Bawakan dia sarapan di atas katil, sarapan ringkas yang anda sediakan seperti sandwich bersama segelas hot chocolate. Erm, mesti kembang hatinya dilayan bagai raja.
  5. Ritual bercinta zaman dahulu. Ok, jangan salah faham tau. Bukan guna ilmu hitam. Cuma amalkan macam orang dulu2. Contohnya mandi bersama2, memasak bersama2, dan boleh juga minta dia membantu anda mengemas rumah bersama2. Dengan kata lain, buat aktiviti berdua sahaja tanpa gangguan orang lain. Waktu hanya anda dan dia bersendirian...
Erm, apa hasilnya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...