Saturday 25 February 2012

Adakah dia ditakdirkan untukmu?

Dunia bercinta memang nampak indah je. Tapi bila putus cinta, rasa macam nak hilangkan diri dari semua benda yang ada kaitan dengan dia. Tapi hakikatnya, mencari teman yang memang ditakdirkan untuk kita tu bukan mudah. Kita ingat dia lah orang nya, sepenuh hati menjaga dan mencintai dia, tak sangka akhirnya putus macam tu je lepas apa kita bagi. Mana tak melara hati.

Saya pun tak pasti dia ditakdirkan untuk saya atau tidak. Tapi selama 10 tahun saya bersama dia, saya rasa saya boleh menerima dia seadanya dia dari tingkah laku yang dia tunjukkan. Jika pasangan anda juga menunjukkan tingkah laku berikut, mungkin dia berpotensi menjadi takdir untuk anda..
  • Dia akan telefon anda bila dia lambat. Sebabnya dia tahu akan rasa bersalah membuatkan anda menunggunya.
  • Dia suka puji sesuatu yang pelik pada anda. Contohnya senyum senget anda.
  • Dia memelihara haiwan peliharaan yang remeh. Contohnya arnab atau hamster. Itu tanda dia prihatin dan boleh menjaga sesuatu yang remeh.
  • Dia menceritakan kesilapannya sambil ketawa. Itu menunjukkan dia boleh merendahkan egonya pada anda.
  • Dia bosan apabila melepak lama2 di kedai mamak. Tandanya dia bosan dengan keseronokan begitu dan mula mencari perhubungan yang serius.
  • Dia abaikan panggilan telefon ketika dia dengan anda dan dia akan menjawab panggilan telefon anda ketika dia bersama orang lain. Kalau dia tak serius dengan anda, pasti dia tidak akan endahkan anda kan..
  • Dia masih berhubungan dengan rakan baik semasa bersekolah rendah. Ha, itu petanda dia seorang yang setia.
  • Dia sudi berkongsi makanan dengan anda, lagi hebat kalau dia suapkan makanannya kepada anda. Urm, romantiknya. Kiranya dia tidak kedekut dengan anda dan jika dia makan lebihan makanan anda, itu petanda dia memang menerima anda seadanya.
  • Dia menyewa rumah sendirian. Ha, itu memang petanda dia ingin mengisi kekosongan hidupnya dan berdikari tanpa bantuan keluarga.
  • Dia suka ambil tahu apa yang anda lakukan walaupun dia memang tahu kerja anda sebagai apa..
Ada tak ciri-ciri di atas yang kena dengan pasangan anda? Jika ya, mungkin anda patut mencuba meneruskan harapan anda. Walaupun kadang2 lelaki sukar difahami, tapi perlakuan mereka biasanya menunjukkan hati mereka.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...