Friday 24 February 2012

Motivasi Menjadi WANITA Paling Bahagia

Adik saya hadiahkan saya sebuah buku yang bertajuk Motivasi menjadi wanita paling bahagia. Thanks to her, saya mendapat keyakinan saya semula selepas membaca buku ni. Biar saya kongsi sedikit yang menarik dari buku ini.

  1. Kita perlu menerima apa jua nikmat ALLAH dan mesti mensyukurinya. Kita jangan asyik nak macam2 tapi tak nak berterima kasih pulak. Setiap perkara mesti ada hikmahnya. Kalau malam hari gelap tak boleh keje, tapi sebab malam hari jugak kita dapat menenangkan diri kita yang kepenatan kan?
  2. Ada ketika kita membenci sesuatu yang pada hakikatnya perkara itu mendatangkan kegembiraan kepada kita. Contohnya kita berpisah dengan kekasih kita yang selalu menduakan kita. Benci kan, menyakitkan hati, tapi sebab perpisahan itu kita tak akan sakit hati lagi bila tahu dia buat perkara sama kan. Lantak kan dia.
  3. Sembahyang adalah penawar bagi hati yang susah. Ada masa kita rasa susah hati sangat, rasa macam tak tahu nak mintak tolong sapa kn? Cuba kita ambil wuduk dan sembahyang, masa tu memang hati akan jadi tenang dan tenteram. Sebab memang bila kita sembahyang, kita meyerahkan diri kita pada Allah, dan Allah menerima hamba-Nya yang rendah diri kepadanya. Siapa lagi paling berkuasa untuk kita minta tolong kan..
  4. Jangan menyeksa dirimu dengan resah dan gelisah kerana akan mengganggu tumpuan dan tidak bersemangat. Lebih baik kita fikir perkara lain dan sibukkan diri kita supaya kegelisahan itu tidak mengganggu kita lagi. Kalau perkara-perkara yang kecil pun boleh buat orang pandai gila, lebih baik kita jangan biar diri kita fikirkan sangat kegelisahan tu. 
  5. Prihatin dengan orang yang lemah, kita akan rasa bahagia, dan jika kita sentiasa membawa kegembiraan, kita akan dihargai pula. 
  6. Biarlah kita bahagia dengan cara kita sendiri tetapi pastikan cara kita tidak melampaui larangan agama kerana tiada apa yang membahagiakan apabila melanggar larangan agama. Contohnya bersekududukan sebelum perkahwinan, bahagia kah anda jika anda melahirkan anak luar nikah? Bahagiakah anda jika suatu masa lelaki itu meninggalkan anda tanpa sebarang kata kerana ikatan yang tiada?
  7. Cinta dan maruah kita sebenarnya ada di dalam rumah kita sendiri. Tak perlu kita nak cari di luar. Cinta pada keluarga, ada di rumah, cinta pada suami juga ada di rumah. Mengapa perlu mencari di luar?
".....bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...