Tuesday 21 February 2012

Fakta payudara perlu anda tahu

I baca ni dalam COSMO tau. Rasanya mesti ada jugak yang tak tahu kan.. Meh baca meh..

  1. Payudara ada lemak - Masa umur 20an, payudara terbentuk hasil gabungan lemak, kalenjar susu, dengan kolagen. Tapi, makin kita tua, kalenjar dengan kolagen dah kecut digantikan dengan lemak. Sbb tu breast jadi menggelebeh. 
  2. Payudara ringan - Ok, payudara tu ringan je tau. Jangan pulak nanti bila g timbang berat badan naik cakap breast pulak buat berat naik. Kalau diikutkan berat bagi breast saiz A=0.13kg, saiz B=0.3kg, saic C=0.4kg, dan saiz D=0.5kg je tau.
  3. Payudara berkulit nipis - Kulit nipis ni la yang membolehkan breast tu berkembang mengikut perubahan fizikal badan. Jadi, sebb kulit nipis, kita kena la guna krim penegang untuk menggalakkan perkembangan kolagen dan melindungi daripada kedutan.
  4. Berbulu halus - Ha, memang kebanyakan puting susu wanita ada bulu2 halus. Tapi, ni perkara biasa tau. Kalau rasa tak selesa boleh je buang dengan kaedah waxing atau cabut guna tweezer
  5. Hala yang berbeza - Terdapat hala breast yang berbeza macam jugak saiz dia. Ada breast yang hala ke atas, ada jugak hala ke tepi. Normal la tu..
  6. Kitaran breast - Maksud kitaran tu ialah keadaan breast bila berlaku perubahan hormon. Contohnya waktu period, hormon yang dirembeskan akan menyebabkan breast rasa bengkak dan sensitif kn??
  7. Bila waktu sesuai jumpa doktor? - Kalau nak g check, waktu yang sesuai ialah selepas seminggu habis period sbb masa ni breast lembut ckit. Jadi senang la nak kesan benjol atau bengkak yang pelik.
Cukup tak info tu?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...