Saturday 25 February 2012

Rahsia lelaki..

Nak tahu rahsia lelaki?

  1. Ada 120 lelaki bujang bagi setiap 100 gadis dalam usia sama. Ha, jangan takut kalau nak tinggalkan lelaki yang menduakan anda sebab nisbahnya 1:1. 
  2. Kebanyakan lelaki rela keluar dengan wanita lebih tua dari mereka. Kenapa? Sebab mereka suka wanita yang matang. Jadi, wanita lebih berusia tu saham tinggi tau.
  3. Kebanyakan lelaki bersetuju bahawa wajah yang cantik lebih penting daripada badan yang seksi. Kalau badan je seksi tengok muka tak terjaga, tak selera jugak.
  4. Majoriti lelaki pernah bersama 4 hingga 10 wanita tetapi mereka ini lebih suka gadis yang tidak pernah bersama lelaki lain. Melampau betul kan..
  5. Di kalangan lelaki yang menyimpan nombor bekas kekasih mereka, 1 daripada 5 lelaki tersebut mengatakan nombor tersebut untuk kegunaan masa sepi je..
  6. 1 daripada 3 lelaki akan menyimpan nombor bekas kekasih selama-lamanya dan hanya 20% akan membuang selepas beberapa minggu berpisah.
  7. Jika jari manis lelaki tersebut lebih panjang daripada jari telunjuk, tahap testosteron lelaki tersebut adalah tinggi
  8. 95 % lelaki suka jika gadis mengorat mereka dulu..
  9. Lelaki lebih suka berperangai buruk supaya kamu meninggalkan mereka, daripada mereka cakap 'saya nak putus'..
  10. Lelaki yang pernah berkhidmat di dalam angkatan tentera mempunyai 2X ganda teman wanita berbanding lelaki dalam bidang lain.
  11. Sebanyak 23% lelaki mengaku pernah bermain kayu 3. Kurang asam betul la!
  12. Perbualan utama yang lelaki paling benci untuk dibualkan dengan kamu ialah: Pertama: bekas kekasihnya. Kedua: Keadaan kewangannya.
  13. 1/3 lelaki akan ajak kamu berjumpa lagi jika kamu ketawa semasa pertemuan kali pertama.
  14. Kebanyakan lelaki inginkan perhubungan serius.
  15. Lelaki sukakan gadis yang boleh berbalah dan bukan pak turut. Kerana mereka sukakan adventure..
  16. Lebih separuh daripada lelaki fikirkan pandangan kawan2nya sebelum keluar dengan kamu..
  17. Secara umumnya lelaki mempunyai suhu badan yang lebih tinggi daripada wanita.
  18. Lebih separuh lelaki percaya pada cinta pandang pertama
  19. Lelaki sangat tidak sukakan ayat : 'kita perlu berbincang'
  20. Jika lelaki kata 'Tak Faham' semasa bergaduh, ada kalanya mereka tak tipu. Sebab lelaki memang lembab sikit bercakap soal hati perasaan ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...